Bateri telefon bimbit dah "kong"? Nak beli bateri baru? Nak beli yang local atau yang ori?
Sekiranya kita ingin membeli yang ori, pastikan kita tahu bagaimana rupa bateri handphone yang ori itu, sama seperti kita nak beli telefon bimbit juga.
Mula-mula kita kenal pasti siapakah pengedar telefon bimbit jenis itu yang sah. Contohnya, untuk Sony Ericsson, pengedar yang sah ialah Midlands, T-Choice dan Thorus. Segala bateri, charger dan di dalam telefon bimbit itu ada sticker berkilat-kilat dan tertulis nama Midlands, contohnya.