Huh lamanya tak tulis. OKlah tidak perlu buang masa.
Katalah selepas run Oracle Report tanpa ada sebarang compilation error, tiba-tiba selepas kita masukkan Parameter, kita dapat message ni:
"REP-1212: Object 'object_name' is not fully enclosed by its enclosing object 'Body'",
Apa pula masalah ni? Kita compile cantik dah. Design pun cantik (walaupun rupa dia buruk tak macam kita design pakai coding html atau Dreamweaver).
Maka, cuba check, adakah komponen-komponen atau field terkeluar dari frame? Apa yang berlaku pada saya, saya mengubah kedudukan field sehingga ia terkeluar dari garisan frame. Ia terjadi bila saya set Confine On dan Flex On.
Untuk mengatasinya, saya kembalikan field kepada kedudukan asal. Kemudian saya set Confine On, dan Flex Off supaya hanya field itu sahaja bergerak dan tidak mengganggu frame.
Sumber :
http://forums.oracle.com/forums/thread.jspa?threadID=867824&tstart=0
http://www.orafaq.com/forum/t/130452/0/
Oracle Report : Error REP-1212
Tagged: