Bateri Telefon Bimbit

Tagged:  

Bateri telefon bimbit dah "kong"? Nak beli bateri baru? Nak beli yang local atau yang ori?
Sekiranya kita ingin membeli yang ori, pastikan kita tahu bagaimana rupa bateri handphone yang ori itu, sama seperti kita nak beli telefon bimbit juga.

Mula-mula kita kenal pasti siapakah pengedar telefon bimbit jenis itu yang sah. Contohnya, untuk Sony Ericsson, pengedar yang sah ialah Midlands, T-Choice dan Thorus. Segala bateri, charger dan di dalam telefon bimbit itu ada sticker berkilat-kilat dan tertulis nama Midlands, contohnya.

Apabila kita ingin membeli bateri baru, pastikan bateri baru itu mempunyai sticker yang sama, berkilat-kilat dan ada cop nama pengedar yang sah. Harganya memang mahal sedikit, tetapi lebih selamat digunakan berbanding bateri local.

Selain sticker tersebut, kita boleh tengok balutan atau kemasan akhir bateri tersebut. Bateri ori balutannya berkilat seperti aluminium rupa dia, sedangkan bateri local dibalut dengan semacam plastik.

Kenapa aku post tajuk ni? Sebab aku dah kena tipu, kena tipu di kedai Sony Ericsson sendiri pula tu. Malangnya resit dah takde, aku dapat tahu pun bila aku nak tukar bateri, orang kedai yang lain bagitahu.