Orang kata benda kecil, tetapi aku rasa benda agak menyakitkan mata. Orang putih kata "annoying". Bayangkan kita beli PC, tetapi nama orang lain dipaparkan setiap kali kita install barang di Desktop. Customer service di kedai kami beli PC memang bagus, tetapi mungkin tidak biasa dengan nama Azrina, nama Zurina pula ditulis di Document and Settings.
Aku rasa malas nak tukar, tapi aku boleh cuba. Jadi aku buat sedikit research, macamana aku boleh tukar nama pengguna (user name). Ini kerana, kita tidak boleh tukar dengan suka hati nama pengguna kerana windows akan keluarkan ayat hikmat :
"Zurina is a Windows system folder and is required for Windows to run properly. It cannot be moved or renamed."
Ikut fahaman aku, aku mesti :
1) Dapat SID Zurina. Macam IC la tu kot.
2) Backup Registry menggunakan ERUNT.
3) Ubah Registry, kena pergi Start->Run->taip "regedit"
4) Restart Windows.
Jadi aku pun research sikit, dan jumpa website-website di bawah yang Insya-Allah harapnya bakal membantu:
1) How to rename or move User Profile folder? - untuk Windows XP.
2) Backup Registry Menggunakan ERUNT
3) Download ERUNT dari MajorGeeks.com
Kalau aku berjaya Alhamdulillah, kalau tidak, aku hantar kedai. Kalau aku dapat justifikasi kenapa aku tak perlu tukar Zurina tu, lagi bagus hehe.. Zurina tu pun nama kawan aku, dia baik. Comel. Bijak.
Anak sorang.. haha.. dah ado yang punyo laaa..