Blogs

Shopping Cart

Tagged:  

Ada kawan minta saya buatkan website yang ada shopping cart. Saya tengok kebanyakan e-commerce site yang ada di Malaysia ni lebih kurang je.
 
Jadi, saya ambil kesempatan atas cuti wajib (atas arahan Kementerian Kesihatan, KUIS terpaksa ditutup seminggu sebab ada suspect kes H1N1) untuk tengok-tengok kalau ada shopping cart FREE yang boleh digodek.
 

Oracle Report : Error REP-1213 Frequency Below Its Group

Tagged:  

Buat Oracle Report memang memeningkan aku.  Pertama aku masih jahil, keduanya pun sebab aku masih jahil.
 
Harini aku cuma nak tambah field sahaja daripada report asal yang telah sedia ada. Tup..tup.. aku dapat Error REP - 1213 Frequency Below Its Group.
 
Error ni jadi disebabkan column database yang menjadi sumber (source) pada field baru itu terletak di bawah group repeating frame yang mengandungi.
 

Oracle Report : Error REP-1212

Tagged:  

Huh lamanya tak tulis. OKlah tidak perlu buang masa.
Katalah selepas run Oracle Report tanpa ada sebarang compilation error, tiba-tiba selepas kita masukkan Parameter, kita dapat message ni:
 
"REP-1212:  Object 'object_name' is not fully  enclosed by its  enclosing object 'Body'",
 
Apa pula masalah ni? Kita compile cantik dah. Design pun cantik (walaupun rupa dia buruk tak macam kita  design pakai coding html atau Dreamweaver).
 

Bertarung Dengan Brontok

Tagged:  

Beberapa minggu lepas laptop office tempat lama saya diserang virus Brontok.  Cemas jugalah dibuatnya.  Mana tidak, komputer jadi tersangat perlahan.  Setelah membuat sedikit research dari PC lain, saya mendapat sedikit informasi berkaitan virus ini dan cara untuk menghapuskannya.

Virus ini berasal dari Indonesia dan terdapat beberapa variant.  Laptop saya diserang Brontok.q.

Ciri-ciri

Session Untuk Ija

Tagged:  

Aku baru saja mengenali seseorang melalui Yahoo! Messenger. Ini kenalan Bazet. Namanya Ija. Menurut Bazet, dia akan merujuk nama aku bila ada kenalan perempuan yang hendak belajar tentang PHP. Aku tidaklah pandai sangat, tetapi bolehlah kalau hendak berkongsi ilmu yang aku tahu. Ilmu aku ni macam setitik dakwat nak kering berbanding air lautan. :)

Menukar Nama Pengguna di Document and Settings

Tagged:  

Orang kata benda kecil, tetapi aku rasa benda agak menyakitkan mata. Orang putih kata "annoying". Bayangkan kita beli PC, tetapi nama orang lain dipaparkan setiap kali kita install barang di Desktop. Customer service di kedai kami beli PC memang bagus, tetapi mungkin tidak biasa dengan nama Azrina, nama Zurina pula ditulis di Document and Settings.

10 Skills a Web Developer Should Know

I'm just too drupalized that I forgot the basic things in programming. I wish I could be more skillful to handle those 10 most crucial subjects in web development.

Can I make it as my 2009 New Year Resolution? Alamak.. banyak pula list..
According to my friend, Bazet, below are the skills required to be a competitive web developer today:

Bateri Telefon Bimbit

Tagged:  

Bateri telefon bimbit dah "kong"? Nak beli bateri baru? Nak beli yang local atau yang ori?
Sekiranya kita ingin membeli yang ori, pastikan kita tahu bagaimana rupa bateri handphone yang ori itu, sama seperti kita nak beli telefon bimbit juga.

Mula-mula kita kenal pasti siapakah pengedar telefon bimbit jenis itu yang sah. Contohnya, untuk Sony Ericsson, pengedar yang sah ialah Midlands, T-Choice dan Thorus. Segala bateri, charger dan di dalam telefon bimbit itu ada sticker berkilat-kilat dan tertulis nama Midlands, contohnya.

Blog Sendiri

Tagged:  

Rasa-rasanya adakah aku harus teruskan memblog di blogspot? Sayang jugak tu. Mungkin sudah masa untuk berhijrah kut, tetapi orang lain pun ada juga 2 3 tempat blognya.

Apa warna tema aku nak buat ni? Blog lama warna temanya pink. Pink maknanya lembut sesuai untuk wanita. Tetapi aku tidaklah lembut atau ayu sangat.

Kalau warna hijau pula, menyegarkan mata. Tapi ada orang kata hijau tu warna PAS. Hmm.. kalau begitu kenapa mereka tidak mengatakan pokok-pokok yang tumbuh melata itu dari parti PAS?

Syndicate content